Monday, 5 June 2017

Stonehenge di Serata Dunia

Stonehenge di England, Replika Stonehenge di Esperance, Western Australia dan Replika Stonehenge di Yogyakarta.

Kawan-kawan,
Teman ingin menjelaskan perbezaan antara United Kingdom (UK), Great Britain, London dan England.
England, Wales, Scotland dan Northern Ireland semuanya adalah negeri dalam United Kingdom.

Setiap negeri di dalam U.K mempunyai ibu kota masing-masing. England = London, Wales = Cardiff, Scotland = Edinburgh dan Northern Ireland = Belfast.
Ireland adalah terdiri daripada Northern Ireland dan Republik Ireland. Northern Ireland adalah termasuk dalam United Kingdom.
Great Britain adalah negara di Pulau Britain iaitu England, Wales dan Scotland.
United Kingdom dan Republik Ireland membentuk British Isles.



Stonehenge merupakan satu binaan Zaman Gangsa dan Neolitik yang terletak berhampiran dengan Amesbury di WiltshireEngland, sekitar 13 kilometer (8 batu) di barat laut Salisbury. Stonehenge merangkumi binaan tambak tanah yang mengelilingi batu besar berdiri tegak dalam bulatan, yang dikenali sebagai megalit. Terdapat pertikaian mengenai usia sebenar bulatan batu, tetapi kebanyakan ahli kaji purba mengandaikan bahawa sebahagian besar binaan Stonehenge dibina antara 2500 SM hingga 2000 SM. Bulatan tambak tanah dan parit membentuk fasa pembinaan tugu Stonehenge yang lebih awal, iaitu sekitar 3100 SM. Tapak ini dimasukkan dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986. (Wikipedia)


Stonehenge di England. Stonehenge ini adalah yang asli.


Stonehenge Replika Esperance, Western Australia
The Nomadic Explorers
Lokasi : Esperance
Entrance fee : AUD$10


Stonehenge Replika Yogyakarta
Lokasi : Mount Merapi area,Yogyakarta
Entrance fee : Local (5K), Foreigner(7.5K) 

10 comments:

  1. Malaysia kena ciplak satu juga...hehe

    ReplyDelete
  2. STONEHEDGE ASLI BATU YG SGT BERAT YG MEMBINANYA TNTU SGT KUAT

    ReplyDelete
  3. Stonehenge berada di mana-mana.. menarik :)

    ReplyDelete
  4. teringin nak tengok Stonehenge yg asli tu

    ReplyDelete
  5. waa.. bila plak nak ade raplika kat malaysia ? hee~ ke dah ade ? ke kakak jek yang tak tau ?

    ReplyDelete
  6. info menarik..mesti ramai x tahu dan confuse. bilalah nak sampai stonehenge ni.tapi nak g yang asli lah

    ReplyDelete
  7. tetiba teringat dalam kelas.. ada student tanya jenuh teacher balik pi study dulu sebelum explain balik. takut salah info. lebih kurang peta gitula CT lukis hahaha.. comel je budak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selalu confused. Jadi, peta itu sebagai simpanan dan peringatan di masa depan sekiranya saya terkeliru lagi.

      Delete
  8. perjalanan nak ke Esperance tu haaihla jauhnya..

    ReplyDelete